Hulu Langat, 3 Januari 2022 - Kerja-kerja membersihkan jalan raya yang berlumpur dan membuang sampah di sekitar kawasan Kampung Orang Asli Bukit Tadom dilaksanakan pada hari ini dengan penglibatan sukarelawan Skuad Pasca Banjir KBS-IYC yang terdiri dari pegawai KBS, kakitangan IYC, Angkatan Tentera Malaysia, pegawai dan pelajar IKTBN Sepang.
Sukarelawan juga menyambung aktiviti mengemas peralatan/perkakasan dan membersihkan Madrasah Maahad Tahfiz Bustanul Arifin pada hari ini. Selain dari penglibatan sukarelawan Skuad Pasca Banjir KBS-IYC, terdapat juga pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia turut serta membantu membersihkan kawasan yang tersebut.