BICARA INTERAKTIF

KESELAMATAN KEBAKARAN

Kuala Lumpur, 14 Oktober 2021 – Pusat Belia Antarabangsa ( IYC ) dan Cawangan Kesedaran Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysa ( JBPM ) Kuala Lumpur telah menganjurkan Bicara Interaktif Keselamatan Kebakaran pada 14 Oktober 2021 ( Isnin ) secara atas talian melalui aplikasi zoom.

Program ini telah dihadiri seramai 45 orang kakitangan IYC termasuk Pengarah IYC, Dr. Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee. Program ini disampaikan oleh Tuan PgB Rosdhi Fitri Bin Roslan, Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Lumpur.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada warga kerja IYC tentang teknik – teknik mengurangkan risiko kematian dan kecedaran sekiranya berlaku kebakaran serta menjadikan kehidupan dan persekitaran kerja yang lebih selamat. Selain itu diterangkan juga cara penggunaan alat pemadam api yang betul dan talian kecemasan yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kebakaran.

Diharap dengan adanya program ini, semua kakitangan IYC mendapat maklumat yang berguna dan dapat mengaplikasikan di rumah serta di tempat kerja.

#IYCMalaysia

#LeavingNoOneBehind

#kitajagakita

FaLang translation system by Faboba