Kuala Lumpur, 19 Februari 2022 - Program ini telah berlangsung pada 19 Februari 2022 di Bilik Delima dan Fit Arena Pusat Belia Antarabangsa (IYC) bermula jam 9.00 pagi dengan penglibatan seramai 25 orang.
Bengkel diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan belia dan komuniti berkaitan cara-cara pembuatan baja dan sabun dengan menggunakan bahan kitar semula. Bukan itu sahaja, melalui bengkel ini juga dapat membantu para peserta untuk mempelajari ilmu keusahawanan pertanian.
Program ini telah disertai oleh peserta Program YouthAgrocity, 16 kariah masjid Zon 5 JAWI, dan kakitangan IYC.
Bengkel telah dirasmikan oleh Encik Pathma Seelan A/L Subramaniam, Timbalan Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC). Taklimat dan pembentangan pengisian bengkel telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Rosli bin Sharif dan YBhg.Datin Hajah Siti Aldila binti Azizandari Eco Green Global Sdn Bhd. Turut hadir YBhg. Puan Azidah Binti Piakong; Penolong Pengarah, Cawangan Pembangunan Ekonomi; Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Kementerian Belia dan Sukan
#IYCMalaysia
#LivingNoOneBehind
#iycurbanfarming
#KeluargaMalaysia
#kitajagakita
TEMPAH KEMUDAHAN IYC
Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa