Kuala Lumpur, 28 Disember 2021 - Aktiviti ''rewang' kebiasaannya dilakukan dalam majlis kenduri kendara. Sejak dari petang semalam, pendekatan aktiviti 'rewang' ini dilakukan di IYC dengan penglibatan seramai 30 orang sukarelawan yang terdiri di kalangan kakitangan IYC, Pegawai KBS dan sukarelawan bermula dari aktiviti membeli bahan mentah sehinggalah aktiviti memasak seterusnya pembungkusan makanan.
Aktiviti secara gotong-royong dijalankan untuk penyediaan dan pengagihan sebanyak 500 bungkus makanan untuk sarapan dan makan tengahari kepada sukarelawan yang terlibat dalam misi pasca banjir KBS pada 28 Disember 2021 di IKTBN Dusun Tua, Hulu Langat.
TEMPAH KEMUDAHAN IYC
Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa