BILAKAH IYC DITUBUHKAN ?
IYC ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia melalui Keputusan Kabinet pada 6 Februari 1985.
BILAKAH BANGUNAN IYC DIRASMIKAN ?
Bangunan IYC telah dirasmikan pada 16 April 1988 oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia ( Dr. Tun. Dr. Mahathir Mohamed).
DI MANAKAH LOKASI IYC ?
IYC terletak di Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. IYC terletak berdepan dengan bangunan PPUKM, 8 km dari pusat bandar Kuala Lumpur. IYC terletak berdekatan dengan Stadium Bolasepak Cheras Kuala Lumpur, Pusat Akuatik Kuala Lumpur, Kompleks Sukan DBKL, Velodrome.
APAKAH FUNGSI IYC ?
IYC merupakan sebuah institusi pembangunan program belia dan sebagai pusat penempatan pejabat belia NGO antarabangsa.
APAKAH FALSAFAH, VISI DAN MISI IYC ?
The Philosophy is To Develop A Balanced Global Young Generation.The Vision is To Become a Global Institution of Excellence & Distinction the Development of the Young Generation.The Mission is To Create, Develop & Produce A Young Generation Who Are Ingrained With Noble Values Through Planned & Systematic Programme.
TEMPAH KEMUDAHAN IYC
Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa