Pusat Belia Anatarabangsa (IYC) telah ditubuhkan pada 1985 dengan kelulusan daripada Kerajaan Malaysia. IYC adalah merupakan "Rakan Agensi" kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Pusat ini telah dibuka dengan rasminya pada April 1988. Pembangunan kepada pusat ini telah didermakan oleh sorang kaligrafer Jepun dari Nihon Shuji Foundation iaitu mendiang Tan Sri Kampo Harada dengan jumlah sebanyak ¥1Billion kepada Kerajaan Malaysia.
Dari segi pengurusan dan pentadbiran, pusat ini mendapat geran tahunan daripada kerajaan dengan jumlah bajet di tentukan oleh Kementerian Kewangan melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
IYC berfungsi sebagai sebuah institusi pembangunan belia dan sebagai pusat kepada NGOs belia menempatkan pejabat mereka di sini dan juga bertanggungjawab menguruskan fasiliti yang terdapat didalam kompleks ini.
TEMPAH KEMUDAHAN IYC
Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa